Googler

Hard To explain Easy to Understand

Tuesday, June 30, 2009

ha..nie klu baca mmg ada moral..aku ambik dr achai..mmbr abg aku..best plak baca nie..so rnungkn lh k..



Tahu tak, cinta sebenarnya sama seperti seseorang yg menunggu bas. Bila bas tu datang, awak nengok bas tu dan awak kata pada diri awak,eik penuhnya tak de tempat duduk. Jadik, awak katakan pada diri awak, Saya akan tunggu bas yg lain. Awak pun biarkan bas tu berlalu dan awak tunggu pulak bas yg lain.



Kemudian, datang pulak bas yg kedua. Awak nengok bas tu dan awak akan cakap, Eee bas ni buruk sgt mesti tak selesa. Dan mungkin bas ni akan rosak kat tengah jalan.Jadi, awak pun biarkan bas buruk tu berlalu dan awak bercadang untuk tunggu bas yang seterusnya.



Setelah beberapa ketika, datang lagi sebuah bas. Bas yg datang tu kosong, tak penuh dan tak seburuk bas yg tadi tapi kali ni awak kata, Emmm. tak de air-cond cuaca pulak panas. Lebih baik saya tunggu bas yg lain. Dan sekali lagi awak biarkan bas tu berlalu dan awak bercadang utk menanti bas yg seterusnya.



Tiba-tiba awan mula gelap, cuaca semakin mendung dan baru awak perasan yg awak pula dah terlambat rupanya. Awak mula panik dan terus naik bas yg datang ketika itu, walaupun bas itu tak sebegitu sempurna. Dan kemudian barulah awak sedar bahawa awak dah naik bas yg salah.



Jadi, selama ni awak dah membazir banyak masa dan wang untuk menunggu apa yg awak nak. Walaupun yg datang tu adalah bas yang ber aircond, adakah awak dpt pastikan bahawa bas tu tak akan rosak di tengah jalan atau mungkin bas tu tak terlalu sejuk untuk awak? Jadik, (terutamanya golongan perempuan)lelaki pun samalah mengingini apa yg awak idamkan tu memang tak salah.



Tapi, tak salah juga kalau anda sanggup memberi satu peluang pada orang lain, kan? Sekiranya awak dapati bas itu tak sesuai dengan awak, apa yg perlu awak lakukan hanya tekan loceng dan turun daripada bas tu. Bodoh sebenarnya untuk mengejar bas tu sebab setiap kali, awak akan terjatuh dan menyakiti diri awak sendiri. Jadi, bercinta tu adalah ibarat menunggu bas, sama ada awak nak naik dan beri peluang pada bas tu semuanya terpulang pada diri awak. Dan bila awak berjalan, awak sebenarnya cuba melarikan diri daripada CINTA!



Moral: Marilah kita tunggu bas tak payah nek kreta.. =)

0 comments:

Komen2 lh k..